Cari @ Amanz

Ini Mungkin Spesifikasi Nothing Phone (2)

Link Copied!

Carl Pei telah mengesahkan yang pada hujung tahun ini, Nothing Phone (2) akan dilancarkan sebagai telefon pintar mereka lebih premium – mungkin dalam kelas mercu. Pei turut berhasrat dengan Nothing Phone (2) mereka dijangka akan memberikan lebih perhatian pada sokongan perisian.

Pengeluaran peranti Nothing sekitar setahun sekali ini adalah untuk mereka mengubah industri telefon pintar yang setiap bulan hadir dengan model baru. Terkini, MySmartPrice telah mendedahkan spesifikasi yang dikatakan adalah untuk Nothing Phone (2).

Nombor model peranti ini adalah A065 dan akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 baharu yang belum diumumkan, mungkin Snapdragon 8+ Gen 2. Memori pula dijangka menawarkan sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Sementara bateri adalah sehingga 5000mAh, lebih besar berbanding Phone (1) yang hanya mempunyai 4500mAh.

Skrin pula dikatakan kekal dengan AMOLED dan 120Hz, dan mungkin akan menyokong kadar segar semula adaptif – mencadangkan panel LTPO akan digunakan. Tiada butiran lain lagi buat masa ini, sama-sama kita nantikan.


Komen ()