Carian
Zoom Pula Mengurangkan 1300 Tenaga Kerja
February 8, 2023 Effi Saharudin

Aplikasi yang paling popular semasa pandemik ialah Zoom dengan jutaan pengguna bergantung kepadanya untuk melakukan mesyuarat dan menghadiri kelas secara atas talian. Dengan pandemik semakin dilupakan dan ramai kembali bekerja di pejabat, penggunaan Zoom semakin berkurangan. Maka tidak mengejutkan apabila Zoom mengumumkan mereka akan mengurangkan sehingga 1300 tenaga kerja tahun ini.

Zoom

Walaupun dari segi jumlah ia tidak sebesar pengurangan tenaga kerja Google dan Microsoft , ia adalah sekitar 15% daripada jumlah tenaga kerja mereka. Zoom meningkatkan jumlah tenaga kerja sebanyak tiga kali ganda ketika pandemik bagi memenuhi keperluan pelanggan. Maka dengan aplikasi tidak lagi digunakan dengan kerap, pengurangan tenaga kerja perlu dilakukan.

Komen