Google Chrome sejak kebelakangan ini semakin serius terhadap sekuriti untuk menjaga keselamatan dan privasi pengguna daripada diceroboh oleh orang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian ciri menyimpan kata laluan, ciri auto-isi dan banyak lagi dikembangkan dan dikemaskini agar lebih mesra pengguna.
Terkini, Chrome untuk Android, Windows dan macOS telah dikemaskini dengan ciri memerlukan imbasan cap jari pengguna untuk mengisi kata laluan secara automatik. Ciri ini walau bagaimanapun hanya boleh digunakan pada peranti yang mempunyai pengimbas cap jari sahaja. Dalam cubaan saya pada Chrome di Windows versi baharu ciri ini masih belum diperkenalkan kerana nama pengguna dan kata laluan masih diisi secara automatik tanpa sebarang pengesahan identiti.

Ciri lain yang turut diperkenalkan adalah mengaburkan imej lucah dan sensitif yang muncul dalam carian. Ini adalah bagi mengelakkan imej yang tidak sesuai dipaparkan secara tidak sengaja.