Cari @ Amanz

ASUS ROG Zephyrus G14, G16 Dan M16 Berharga Bermula RM6499 Di Malaysia

Link Copied!

Dalam usaha memenuhi keperluan golongan gamer, siri ASUS ROG Zephyrus telah diberi nafas baharu sebelum ini dengan beberapa model yang dilengkapi komponen terkini. Ianya merangkumi ASUS ROG Zephyrus G14 2023, ROG Zephyrus G16 2023 dan ROG Zephyrus M16 2023.

Berkongsi lebih lanjut, harga jualan untuk pasaran Malaysia diumumkan dengan bermula RM6,499 bagi ROG Zephyrus G14 2023 dan ROG Zephyrus G16 2023 pula berharga RM6,999. Seterusnya, ROG Zephyrus M16 2023 pula boleh dibeli bermula RM10,999 (NVIDIA GeForse RTX 4070), RM14,999 (NVIDIA GeForce RTX 4080) dan RM17999 (NVIDIA GeForce RTX 4090).

ROG Zephyrus G14 2023 dilengkapi hadir dengan panel 14″ ROG Nebula HDR QHD+ dari keluarga mini LED sehingga 165Hz. Ini dipadankan pula dengan cip AMD Ryzen 7 7735HS, grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 GDDR6 dengan TGP 95W dilengkapi MUX Switch NVIDIA Advanced Optimus yang mengoptimasi penggunaan kuasa apabila diperlukan. Memori adalah 16GB DDR5, storan terbina 512GB PCIe 4.0 SSD dan bateri 76WHrs.

Seterusnya ROG Zephyrus G16 2023 pula hadir dengan panel 16″ ROG Nebula Display QHD+ 165 Hz dari keluarga IPS LCD dengan sokongan Dolby Vision. Cip pemproses Intel Core i7-12700H, grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 GDDR6 dengan TGP 120W dilengkapi MUX Switch NVIDIA Advanced Optimus yang mengoptimasi penggunaan kuasa apabila diperlukan. Memori adalah 16GB DDR5, storan terbina 512GB PCIe 4.0 SSD dan bateri 90WHrs.

Selanjutnya ROG Zephyrus M16 2023 mempunyai panel 16″ ROG Nebula HDR QHD+ dari keluarga mini LED sehingga 165Hz. Terdapat juga pilihan panel IPS LCD 240Hz yang lebih mampu milik. Cip pemproses Intel Core i99-13900H, grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 4090 GDDR6 dengan TGP 145W dilengkapi MUX Switch NVIDIA Advanced Optimus yang mengoptimasi penggunaan kuasa apabila diperlukan. Memori adalah 32GB DDR5, storan terbina sehingga 2TB PCIe 4.0 SSD dan bateri 90WHrs.

Bagi yang berminat, sesi pratempah untuk ROG Zephyrus M16 2023 dibuka bermula hari ini sehingga 21 Februari 2023. Ia boleh dibuat menerusi kedai atas talian rasmi ASUS, namun ketersediaan adalah terhad. 15 pelanggan terawal yang membuat pratempah layak menerima hadiah menarik bernilai sehingga RM1,029 yang berupa ROG SLASH Hip Bag dan ROG Cetra True Wireless

Sementara itu ketersediaan untuk ROG Zephyrus G16 2023 pula pada penghujung bulan Februari. Kemudian diikuti pula dengan ROG Zephyrus G14 2023 pada pertengahan bulan Mac hadapan.


Komen ()