Cari @ Amanz

Nomad DesignLab Membolehkan Pengguna Mengkustomasi Tali Jam Apple Watch

Link Copied!

Apple Watch Studio diperkenalkan di Malaysia empat tahun lalu, sebagai ciri membenarkan pengguna mengkustomasi pilihan Apple Watch dari jenis tubuh, tali jam dan warna. Ini membolehkan pengguna terus mengubahsuai Apple Watch yang diingi terus di atas talian sebelum tempahan diterima.

Terkini, Nomad iaitu jenama aksesori premium produk Apple terkenal hadir dengan ciri lebih kurang sama khusus untuk tali jam yang mereka jual melalui DesignLab.

Menggunakan antaramuka yang ringkas dan mudah digunakan, laman web ini membolehkan pengguna pengguna melihat bayangan tali jam yang ingin dibeli dengan model Apple Watch yang dimiliki. Pertama pilih model jam, kemudian pilih saiz dan seterusnya warna jam. Selepas itu pilih bahan binaan tali jam seperti kali air FKM (getah fluoroelastomers)/logam/kulit, di mana setiap bahan ada tiga ke empat pilihan jenis tali jam.

Akhir sekali pilih warna dan akan ada harga dipaparkan bersama gambar Apple Watch dengan tali jam pilihan. Harga jualan adalah dari $59.95 (~RM258) dan boleh mencapai sehingga $299.95 (~RM1289) seutas. Penghantaran turut boleh dilakukan untuk pengguna Apple Watch di Malaysia.


Komen ()