Google hari ini berkongsi mengatakan ciri Google Lens pada bahagian carian mereka digunakan secara aktif lebih 10 bilion kali setiap bulan oleh pengguna seluruh dunia.
Ini sekaligus memperlihatkan permintaan untuk carian berasaskan visual semakin popular dari hari ke hari, memperlihatkan perubahan bagaimana pengguna berinteraksi dengan peranti mahupun enjin carian.
Melalui Google Lens, pengguna boleh terus menggunakan kamera pada peranti dalam melakukan carian berkenaan sesuatu objek, disamping turut memuatkan gambar sedia ada dalam melakukan carian.
Kemaskini baru akan datang juga akan membolehkan pengguna melakukan carian berkenaan apakah yang sedang mereka lihat pada skrin melalui integrasi bersama Google Assistant.