Unifi Mobile kini telah mengemaskini penawaran pas prabayar tanpa had bulanan mereka, dimana kini pas bulanan yang ditawarkan pada harga RM35 sebulan tersebut dihadkan penggunaannya kepada 60GB. Selepas 60GB digunakan, kelajuan akan dihadkan kepada 512Kbps.
Perubahan ini adalah kali kedua TM lakukan dalam tempoh terdekat. Sebelum ini, pelan tanpa had atau dikenali Unifi Mobile #Bebas tidak dikenakan sebarang had. Namun, sejak Disember 2022 lepas, ia telah dihadkan kepada 100GB.

Kini, selang dua bulan, TM sekali lagi melakukan perubahan, dan kini ia dihadkan kepada 60GB sebulan dibawah FUP. Pengguna akan menikmati kelajuan penuh dibawah rangkaian 5G, atau dihadkan kepada 5Mbps dibawah 4G – untuk had 60GB tersebut.
Sebaik sahaja had berkenaan habis digunakan, kelajuan akan dihadkan kepada 512Kbps.
Disamping FUP baharu, pihak TM juga kini mengehadkan penggunaan hotspot kepada 5GB – diturunkan daripada 10GB yang diperkenalkan pada Disember 2022 lepas.