Carian
Twitter Blue Dilancarkan Di Brazil, India Dan Indonesia Pada Harga Yang Mahal
February 9, 2023 Effi Saharudin

Twitter Blue kini boleh dilanggan oleh pengguna di Brazil, India dan Indonesia. Ini diumumkan oleh Twitter semalam dengan pelancarannya ke tiga pasaran baharu ini akan menimbulkan sedikit keresahan.

Di Indonesia harga langganan bulanan bermula daripada 120,000 Rupiah (~RM34) untuk versi web dan meningkat ke 165,000 Rupiah (~RM47) untuk versi iOS serta Android. Langganan tahunan pula ialah 1,250,000 Rupiah (~RM355). Harga langganan lebih kurang sama sahaja dengan harga langganan di Amerika Syarikat yang bermula daripada $8 (RM34.40).

Sebelum ini Elon Musk pernah berkata di pasaran tertentu harga langganan yang lebih murah akan ditawarkan supaya ia tidak membebankan pengguna. Harga langganan Twitter Blue pada waktu ini lebih mahal berbanding langganan sebulan Disney+ Hotstar dan Netflix Mobile. Agak tidak berbaloi membayar harga mahal untuk sebuah platform media sosial.

Komen