Google Translate telah dikemas kini hari ini dengan beberapa ciri baharu yang akan membuatkan proses mengalih bahasa menjadi lebih tepat. Ciri pertama ialah pemahaman konteks untuk perkataan yang ingin dialih bahasa. Sebagai contoh “bass” dalam Bahasa Inggeris boleh digunakan untuk peralatan muzik atau jenis ikan.
Translate kini akan memberikan alih bahasa berbeza berdasarkan konteks penggunaan perkataan yang dimasukkan ke dalam ruangan input. Selain itu aplikasi Translate juga dikemaskini untuk memudahkan penukaran bahasa. Tekan bahagian bahasa dan pilihan untuk bahasa yang paling kerap digunakan kini disenaraikan.
Sebanyak 33 lagi bahasa baharu boleh dimuat turun ke dalam Translate untuk memudahkan penggunaan di luar talian. Akhir sekali aplikasi iOS akan dikemaskini dengan antaramuka yang sama seperti versi Android dalam masa terdekat.