Cari @ Amanz

Kamera Canon EOS R50 telah diumumkan awal pagi tadi dengan ia dilengkapi sensor 24.2MP APSC. Ia adalah sebuah kamera digital kelas permulaan yang boleh mengambil gambar pada kadar 15 FPS sehingga 28 imej JPEG atau sehingga 42 gambar berterusan pada kadar 12FPS.

Kemampuan video pula adalah sehingga 4K 30FPS sahaja dah FHD 120FPS. Rakaman video sehingga sejam boleh dilakukan secara berterusan. Kamera juga hanya menggunakan sistem penstabilan OIS tanpa sistem IBIS yang biasanya digunakan pada kamera digital moden.

Kamera dilengkapi viewfinder OLED dengan 2.36 juta titik dan skrin TFT di belakang pula sebesar 3″ dengan sokongan sesentuh. Sudut pandangan skrin ini boleh diubah bagi memudahkan melakukan rakaman swavideo untuk vlog.

Sekiranya tidak digunakan sebagai kamera video, R50 turut boleh digunakan sebagai kamera web untuk komputer. Harga jualan untuk Canon EOS R50 ialah $680 (~RM2929) untuk tubuh sahaja dan $780 (~RM3360) dengan lensa RF-S18-45mm F4.5-6.3 IS STM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd