Carian
Disney+ Kehilangan 2.4 Juta Pelanggan Pada Q4 2022 – 7000 Kakitangan Dibuang Kerja
February 9, 2023 Effi Saharudin

Platform penstriman video Disney+ melaporkan mereka kini mempunyai 161.8 juta pelanggan pada Q4 2022 yang adalah pengurungan 2.4 juta pelanggan berbanding Q3 2022. Secara keseluruhan Disney mempunyai 234.7 juta pelanggan pada Disney+, Hulu dan ESPN+.

Lebih menarik ialah Disney+ Hotstar kehilangan 3.8 juta pelanggan di rantau Asia Tenggara dan India. Ini ialah suku pertama perkhidmatan mengalami pengurangan pengguna sejak dilancarkan pada tahun 2020. Walaupun harga langganan dinaikkan di Amerika Syarikat tahun lalu, jumlah pelanggan meningkat tetap meningkat sebanyak 200,000.

Pada waktu yang sama Disney mengumumkan pengurangan sehingga 7000 tenaga kerja yang bersamaan dengan 3.6% jumlah kakitangan. Sejak dilancarkan Disney+ masih belum mencatatkan keuntungan dan langkah yang diambil akan membantu untuk memastikan operasi platform penstriman ini dapat diteruskan.

Komen