Twitter nampaknya menetapkan sejumlah had teknikal pada perkhidmatan mereka, sekaligus mengelak perkhidmatan sosial tersebut di salah guna.
Melalui tetapan had, Twitter mengehadkan kepada 2,400 tweet setiap hari – dimana ia dihadkan mengikut jam dan sebagainya. Setiap Retweet juga tertakluk dibawah kiraan ini.
Disamping itu, dari segi mengikuti sesuatu akaun, Twitter mengehadkan ia kepada 400 akaun setiap hari. Namun, mungkin had dikenakan lebih awal sekiranya sistem mendapati pengguna mengikut secara agresif dan mendadak.
Sekiranya mencapai had tersebut, pengguna diminta mencuba lagi dalam beberapa jam atau pada kemudian harinya.