Cari @ Amanz

Pengguna Kini Boleh Buang Senarai Main Spotify Untuk Cadangan Kandungan Mengikut Citarasa

Link Copied!

Kebanyakan perkhidmatan penstriman sekarang mempunyai ciri kecerdasan buatan atau pembelajaran mesin, di mana corak aktiviti pengguna boleh dijejak untuk mencadangkan kandungan yang mungkin diminati pengguna. Tetapi kadangkala, apa yang pengguna tidak minat juga turut dipaparkan.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Spotify hari ini melancarkan ciri Exclude From Your Taste Profile. Taste Profile adalah profil citarasa pengguna yang membantu Spotify mencandangkan kandungan seperti muzik, podsiar dan senarai main. Keputusan dari Taste Profile ini akan menjana senarai main khas seperti Top Songs atau Daly Mixes.

Dengan ciri Exclude From Your Taste Profile, pengguna boleh membuang senarai main untuk Spotify menilai semula citarasa masing-masing dan menjana senarai main dan kandungan yang lebih tepat mengikut citarasa pengguna,.

Untuk menggunakannya, hanya buka senarai main yang tidak diingini, tekan menu tiga titik dan tekan Exclude From Your Taste Profile. Ciri ini turut boleh membenarkan pengguna masukkan semula senarai main dalam Taste Profile jika citarasa berubah di masa akan datang.


Komen ()