Cari @ Amanz

Seperti yang dijanjikan, Realme GT Neo5 akhirnya diumumkan secara rasminya di China pada hari ini. Beberapa penambahbaikan diberikan bagi menjadikannya sebuah model kemaskini lebih menarik berbanding generasi sebelum ini.

Salah satu daripadanya adalah sokongan pengecasan pantas 240W yang membolehkan bateri 4600mAh dicas penuh dalam hanya 16 minit. Sebagai pilihan terdapat juga model lain yang dilengkapi bateri lebih besar 5000mAh dengan sistem pengecasan 150W. Apabila kehabisan bateri, proses pengecasan semula boleh dibuat menggunakan port sambungan USB-C yang disertakan pada kedua-dua peranti.

Seperkara lagi yang amat menarik pada peranti ialah 1/4 daripada panel belakangkan memuatkan panel sejenis lutcahaya bersama sokongan lampu RGB. Ia boleh ditemui bersebelahan modul kamera utama bersama tulisan Dare To Leap turut boleh dilihat. Sebanyak 25 pilihan warna yang diberikan dan ia akan menyala bergantung pada tetapan. Misalnya seperti bermain permua, menerima notfikasi, tahap bateri dan sebagainya.

Selanjutnya skrin pula sejenis AMOLED sebesar 6.74-inci yang juga menyokong resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB.

Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 50MP Sony IMX 890 (OIS) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (mikroskop). Kamera hadapan pula sebesar 16MP yang diletakkan di dalam lubang kecil pada skrin hadapan. Peranti juga memuatkan sistem pembesar suara stereo yang juga ditala dengan HiRes Audio/Dolby Atmos.

Realme GT Neo 5 dijual di China pada harga bermula RMB2499 (8GB/256GB) (~RM1588), RMB2799 (12GB/256GB) (~RM1779) dan RMB2999 (16GB/256GB) (~RM1906) untuk model dengan pengecasan pantas 150W. Sementara itu, Realme GT Neo 5 dengan pengecasan 240W bermula RMB3199 (16GB/256GB) (~RM2033) dan RMB3499 (16GB/1TB) (~RM2223).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd