Cari @ Amanz

Pelayar Web Opera Ingin Mengintegrasikan Sokongan ChatGPT

Oleh Aman

Link Copied!

Opera merupakan salah satu pelayar web yang mempunyai peminatnya tersendiri. Pelayar web Opera juga sering menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik yang memudahkan urusan pengguna ketika melayari web atau melakukan tugasan di komputer.

Terbaru, pembangun pelayar web Opera turut mengumumkan mereka merancang untuk mengintegrasikan teknologi ChatGPT pada pelayar web mereka.

Buat masa ini, ia tidak dimaklumkan berkenaan bilakah kita akan dapat melihat integrasinya.

Perkongsian ini hadir selepas Microsoft mengumumkan integrasi sama pada Microsoft Edge yang memudahkan beberapa tugasan pengguna, termasuk untuk melakukan carian, mengarang sesuatu dan sebagainya.

Selain Opera, beberapa produk dan syarikat lain turut telah menyatakan bakal mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan seumpama ChatGPT pada produk mereka.


Komen ()