Disamping mengubah penawaran kuota FUP untuk pelan bulanan berharga RM35 sebulan, kini Unifi Mobile juga turut menambah satu lagi pas data bulanan baharu untuk pengguna, pada harga RM25.
Pas bulanan ini hadir dengan kuota sebanyak 30GB, yang boleh digunakan dibawah rangkaian 4G dan juga 5G.

Menariknya juga, ia diperlihatkan pas ini hadir dengan pengaktifan pada hotspot – dan tidak dihadkan kepada hanya 5GB seperti pada pelan bulanan “tanpa had”.
Namun, ia hanya sekadar pas data sahaja, dan tiada penyertaan panggilan suara.
Bagi anda yang menggunakan Unifi Mobile, boleh menyemak penawaran pas baharu ini pada aplikasi Unifi Mobile anda.