Carian
Samsung Galaxy S23 Ultra Edisi BMW M Diperkenalkan – Terhad 1000 Unit Sahaja
February 9, 2023 Aman

Menjadi kebiasaan untuk setiap syarikat telefon memperkenalkan versi edisi khas bersama beberapa rakan kerjasama. Terbaru, Samsung dilihat bekerjasama dengan pihak BMW, dan memperkenalkan Galaxy S23 Ultra Edisi BMW M.

Buat masa ini, telefon edisi BMW M ini hanya diperkenalkan di Korea Selatan sahaja, dan ditawarkan terhad kepada 1000 unit sahaja.

Samsung Galaxy S23 Ultra Edisi BMW M ini hadir dengan spesifikasi sama seperti model biasa, menyertakan memori 12GB RAM dan 512GB storan.

Disamping itu, ia turut menyertakan beberapa aksesori tambahan, termasuk koleksi lencana BMW khusus, sebuah kerangka dengan rekaan BMW, pelbagai kandungan khusus BMW dalam telefon, jam analog, dan sejumlah aksesori lain.

Ia tidak diketahui lagi apakah variasi edisi khas telefon yang bakal ditawarkan pada peringkat global, termasuk Malaysia.

Komen