Carian
JPJ Perkenal Penggunaan Lesen Memandu Dan Cukai Jalan Secara Digital
February 10, 2023 Aman

Kementerian Pengangkutan Malaysia bersama Jabatan Pengangkutan Jalan hari ini memperkenalkan kaedah pendigitalan bermula dengan pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor Digital dan juga Lesen memandu Malaysia Persendirian Digital.

Dengan langkah ini, pengguna boleh memuat-turun aplikasi MyJPJ, dan mendaftarkan diri dan kenderaan untuk simpanan dan rujukan.

Ini juga sekaligus membuatkan penggunaan pelekat cukai jalan dan juga lesen memandu fizikal tidak lagi diwajibkan kepada pengguna kereta dan motor persendirian.

Pelaksanaan ini bermula daripada penggunaan kereta dan motor persendirian buat masa ini – dan dijangka akan diperluaskan ke kumpulan lain tidak lama lagi.

Selain daripada pengenalan kedua-dua ini, JPJ dijangka memperluaskan kaedah digital ke beberapa perkara lain dalam masa terdekat.

Bagi para pengguna, anda boleh memuat-turun aplikasi MyJPJ pada Android dan iPhone hari ini. Selain aplikasi, pengguna juga boleh rujuk ke laman rasmi JPJ.

Komen