Carian
U Mobile Postpaid 38 Kini Menawarkan Data 4G/5G 60GB, Termasuk Panggilan Tanpa Had
February 10, 2023 Aman

U Mobile hari ini mengumumkan kemaskini kepada pelan pascabayar mereka, iaitu U Postpaid. Melalui kemaskini terbaru, pelanggan U Postpaid 38 kini boleh menikmati data sebanyak 60GB sebulan – iaitu sekali ganda berbanding sebelum ini.

Penawaran data ini meliputi penggunaan pada rangkaian 4G dan juga 5G. Disamping itu, pelan ini juga turut menyertakan sokongan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Disamping itu, U Mobile juga kini mengaktifkan hotspot, membolehkan pengguna menggunakan keseluruhan data pada pelan mereka untuk hotspot.

Ini bermakna, pengguna U Postpaid 38 boleh menggunakan data daripada 60GB dibawah pelan mereka. Sementara U Postpaid 68 pula daripada 100GB data, serta U Postpaid 98 daripada 1000GB data dibawah pelan mereka.

U Mobile menyatakan penawaran data hotspot yang diintegrasikan ini adalah aktif untuk pelanggan baharu, dan akan diaktifkan kepada pelanggan sedia ada tidak lama lagi.

Komen