Semasa OnePlus 11 dilancarkan ke pasaran global minggu ini, terdapat sedikit kekeliruan mengenai tahap ketahanan kalis air dena debu peranti ini. Di Amerika Syarikat muncul laporan ia melepasi piawaian IP64 tetapi dalam kesemua dokumen rasmi, ini tidak dinyatakan langsung.

Menurut laporan GSMArena, OnePlus mengesahkan bahawa kesemua OnePlus 11 yang dipasarkan melepasi piawaian IP64. Ini bermakna OnePlus 11 tahan debu sepenuhnya dan kalis percikan air dari kesemua sudut. Peranti tidak kalis ditenggelamkan di dalam air. Oleh itu jika anda bercadang untuk membelinya, elakkan dari membawanya menyelam di dalam kolam.