Cari @ Amanz

Baru sahaja dilancarkan di CES 2023 tempoh hari, kehadiran ASUS Zenbook 14X OLED kini telah disahkan secara rasmi. Ini juga menjadikan Malaysia antara negara terawal menerima ketersediaannya yang dijadualkan tiba pertenganan bulan Februari ini. Tiada tarikh pelancaran khusus yang didedahkan buat masa ini, tetapi kemaskini lanjut bakal kami kongsikan dalam artikel yang akan datang.

ASUS Zenbook 14X OLED dilengkapi skrin sesentuh 14.5” 16:10 2.8K 120 Hz OLED yang melepasi piawaian warna 100% DCI-P3 dan DisplayHDR 500 True Black. Ini dipadankan dengan cip sehingga Intel Core i9-13900H, GPU NVIDIA GeForce RTX 3050, memori sehingga 32GB LPDDR5, dan storan sehingga 1TB PCIe Gen 4 SSD.

Dengan bateri 70Wh, ASUS mengatakan komputer riba ini boleh bertahan sepanjang hari. Terdapat sokongan pengecasan pantas menerusi port USB-C yang menyokong format pengecasan USB-PD 5-20V. Kemasan tubuh pula menggunakan bahan seramik bagi menjadikannya sebuah komputer riba premium seberat 1.5 kg.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd