Carian
Microsoft Dijangka Berkongsi Integrasi Teknologi OpenAI Dalam Office Seawal Mac 2023
February 11, 2023 Aman

Microsoft kini dilaporkan akan berkongsi perkembangan berkenaan dengan integrasi teknologi kecerdasan yang dibangunkan oleh OpenAI ke dalam aplikasi Microsoft Office seawal Mac 2023 – iaitu bulan hadapan.

Laporan baharu ini hadir selepas Microsoft memperkenalkan integrasi teknologi ChatGPT ke dalam Bing pada minggu ini, dan turut diintegrasikan ke pelayar web Microsoft Edge.

Selain pada Bing dan Microsoft Edge, gergasi perkomputeran ini juga sedia menyertakan teknologi kecerdasan buatan dalam Microsoft Teams – sekaligus memudahkan proses membuat minit mesyuarat, ringkasan pembentangan dan sebagainya.

Melalui integrasi ciri kecerdasan buatan dalam aplikasi produktiviti dibawah Microsoft Office, ia dijangka akan memudahkan sejumlah tugasan para pengguna. Ia dijangka akan dipertontonkan pada aplikasi Word, Powerpoint dan Outlook seawal bulan hadapan.

Microsoft nampaknya ingin mempercepatkan pelbagai integrasi kecerdasan buatan pada produk pengguna – sekaligus menerajui arena ini lebih pantas berbanding pesaing lain.

Sebelum ini, Microsoft telah turut menyatakan akan melabur berbilion ringgit ke OpenAI dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan.

Komen