Raja Charles III akan ditabalkan sebagai raja Britain dan negara-negara Commonwealth pada 6 Mei 2023. Sempena hari yang bersejarah ini, logo rasmi pertabalan telah diperlihatkan kepada umum dengan ia direka oleh Sir Jony Ive.

Logo menggunakan motif tumbuh-tumbuhan semula jadi kerana Raja Charles mementingkan kelesetarian alam sekitar sejak beliau masih lagi seorang putera mahkota. Logo menggunakan warna dari bendar Union Jack. Mahkota berwarna biru dibentuk menggunakan motif daun dan bunga. Terdapat juga elemen bunga ros untuk England, thistle untuk Scotland, daffodil untuk Wales, dan shamrock untuk Ireland Utara.
Sir Jony Ive ialah pereka terkemuka di belakang produk iPhone, iPad, iMac, Apple Watch dan iPod semasa beliau bertugas di bawah mendiang Steve Jobs. Sepanjang kerjaya beliau, Ive membentuk rekaan industri di Apple dan secara tidak langsung pelbagai peranti elektronik yang ingin kelihatan seperti ia direka di Cupertino.
Beliau dianugerahkan gelaran sir oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada tahun 2012 sebagai penghargaan kepada jasa beliau dalam dunia rekaan industri.