Kecerdasan buatan akan mengambi alih tugas remeh. Ia telahpun mengancam kerjaya pereka grafik, dan wartawan menerusi DALLE. 2 serta ChatGPT. Kini Playground – sebuah lagi kecerdasan buatan dilancarkan dengan ia boleh menyunting gambar dengan berdasarkan input teks yang diberikan oleh pengguna.
Playground membenarkan pengguna memuat naik gambar yang ingin disunting. Arahan suntingan kemudian dimasukkan ke dalam kotak teks. Terdapat pilihan untuk mengubah kualiti imej yang disunting serta apakah tahap kekuatan arahan perlu diikuti oleh Playground. Ciri membuang imej dari gambar juga disokong oleh Playground.
Ia boleh digunakan secara percuma dengan kuota 1000 gambar sehari tetapi pada resolusi rendah. Jika pelan langganan diambil, pengguna boleh menyunting lebih banyak gambar dan pada resolusi yang lebih tinggi.
[Sumber] Sumber – Playground [/sumber]