
Fotografi yang menarik bukan sahaja bergantung sepenuhnya terhadap sebuah kamera digital yang mahal, malahan dengan fotografi mudah alih juga pengguna mampu menghasilkan kreativiti tersendiri. Buat pertama kalinya dalam siri Reno, kamera potret 108MP ditawarkan dalam lingkungan harga yang menarik. Inilah kekuatan pada peranti yang baru sahaja dilancarkan oleh OPPO menerusi model Reno8 T 5G. Dengan nilai tambah menarik, ia boleh menjadi sesuatu yang unik dalam memberi inspirasi kepada pengguna untuk berkarya tanpa had.
Kamera Beresolusi Tinggi 108MP

Kamera beresolusi tinggi 108MP dengan teknologi NanoPixel Plus pada Reno8 T 5G menggabungkan sembilan piksel ke dalam satu piksel yang besar. Berkongsi secara teknikal, sensor bersaiz 1/1.67-inci yang digunakan pada peranti membolehkan lebih banyak cahaya boleh dikumpulkan, di mana menurut OPPO boleh mencapai 96% banyaknya. Hal ini sekaligus menjadikannya lebih baik untuk pelbagai tangkapan gambar yang jelas. Kemudian algoritma yang turut ditambah baik mampu mengoptimumkan setiap gambar yang diambil dalam pelbagai keadaan dengan terperinci. Bukan itu sahaja, penghasilan semula warna juga menunjukkan imej yang lebih tepat serta berkualiti. Justeru itu, pengguna dapat menikmati kualiti peranti dengan 108MP yang baik ketika cuba menyerlahkan setiap sisi personaliti.


Ciri Mikrolens Buka Perspektif Baharu
Seperkara lagi yang mencuri perhatian apabila ciri fotografi pada salah satu peranti mercu OPPO sebelum ini turut disertakan bersama. Apakah ciri tersebut? Sudah semestinya ciri mikrolens dengan zum mencapai 40X yang membolehkan pengguna menghasilkan gambar makro dengan teliti. Keperinciannya itu sehingga agak sukar dilihat dengan mata kasar manusia dengan hasil yang mampu menjaya daya kreativiti. Hal ini sekaligus membolehkan pengguna ‘melihat’ sesuatu dari perspektif baharu dan berbeza.

Seterusnya kebolehan Potrait Mode yang boleh dilaras pula membolehkan pengguna mengambil gambar potret dengan pilihan kesan kabur ikut kesesuaian sendiri. Fungsi Bokeh Flare Portrait pula menjanjikan hasil gambar yang dapat menghidupkan momen unik. Ia membolehkan latar belakang sesuatu gambar dikaburkan. Kemudian subjek terlihat menonjol dengan warna sebenar cukup jelas dan memukau mata yang melihat. Ia bertambah baik apabila digunakan di persekitaran yang mempunyai cahaya lampu yang banyak bagi menghasilkan efek neon bulat yang cantik di latar belakang subjek.

Skrin AMOLED Melengkung 120Hz Yang Lancar
Generasi baharu OPPO ini bukan sahaja membawa peningkatan besar dalam sistem pengimejan mudah-alih sahaja, bahkan prestasi skrin juga kini lebih baik. Reno8 T 5G menggunakan rekaan skrin lengkung 3D yang diiklankan mampu memberi cengkaman lebih baik dan keselesaan apabila berada di tangan. Peranti juga menggunakan skrin dari keluarga AMOLED 6.7-inci dengan resolusi FHD+ (2412 x 1080 piksel), kadar segar semula 120Hz dan HDR 10+. Dengan teknologi AMOLED, skrin memaparkan warna yang hidup dan warna hitam gelap seperti lohong hitam.

Keunikan lain turut boleh dilihat menerusi sokongan paparan dengan format warna 10-bit DCI P3 yang boleh menyajikan sehingga 1.07 bilion warna. Ini sekaligus menjadikan penghasilan semula warna itu lebih menyerlah serta menarik bagi memberikan pengalaman tontonan lebih mengasyikkan. Di samping itu, teknologi 2160Hz High-Frequency PWM Dimming juga disokong pada peranti bagi mengurangkan keletihan, sekaligus melindungi mata lebih menyeluruh sewaktu terdedah terlalu lama kepada skrin. OPPO juga menyatakan tahap kecerahan juga boleh dilaras secara automatik mengikut keadaan pencahayaan sekeliling.

Bateri Besar Dengan Pengecasan Pantas
Prestasi bateri Reno8 T 5G menjadi lebih baik dengan sokongan pengecasan pantas yang bantu menjimatkan masa. Ini bermakna anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mengecas peranti ini. Menurut OPPO, bateri 4,800mAh pada peranti boleh dicas penuh dalam hanya 44 minit dengan sistem pengecasan 67W SUPERVOOC. Menariknya lagi bateri peranti juga boleh dicas mencapai 80% dalam masa 30 minit. Kemudiannya pengecasan selama 5 minit pula membolehkan peranti bertahan sehingga 5.5 jam untuk tujuan panggilan telefon. Seronok bukan? Masakan tidak, di sini sememangnya sudah menjimatkan masa.

Dari segi prestasi pula, Reno8 T 5G menggunakan cip Snapdragon 695 serta gabungan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Seandainya mahukan lebih pilihan, peranti juga menyokong ciri RAM Expansion dengan pilihan penambahan 4GB, 6GB dan 8GB RAM secara maya. Dengan ini, anda akan mempunyai sehingga 16GB RAM bagi membolehkan lebih banyak aplikasi dilancarkan serentak. Dengan rangkaian 5G sedia terbina pula, peranti boleh dikatakan mampu menampung keperluan pengguna di masa mendatang memandangkan 5G di Malaysia juga semakin berkembang.
Harga Dan Ketersediaan
Bagi yang berminat, Reno8 T 5G sudah tersedia di Malaysia dengan harga jualan RM1,799. Terdapat beberapa pilihan warna yang disediakan seperti Sunrise Gold yang sesuai untuk membangkit semangat ceria. Sementara itu Reno8 T 5G Midnight Black pula mewujudkan aura santai dan elegan. Anda boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah OPPO di seluruh Malaysia, sama ada secara dalam talian atau luar talian.

Hadiah menarik sehingga RM377 turut disertakan untuk setiap pembelian yang berupa OPPO Enco Buds2 (RM129), perlindungan skrin (RM139) dan waranti tambahan sehingga setahun (RM109). Promosi ini bagaimanapun terhad daripada sekarang hingga 13 Mac sahaja. Maklumat lanjut, sila layari laman web OPPO Malaysia.
Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia