Cari @ Amanz

Papan Induk MSI Untuk Platform Intel Kini Menyokong Penawaran Memori 24GB Dan 48GB

Oleh Nazrin

Link Copied!

MSI baru-baru ini telah mengumumkan bahawa papan-papan induk Intel siri 600 dan 700 yang terdiri dari siri MEG, MPG, MAG, dan PRO kini menyokong memori DDR5 berkapasiti tinggi..

Tidak lama lagi, para pemilik papan induk MSI untuk platform Intel akan boleh menggunakan memori DDR5 dengan kapasiti 24GB dan 48GB dan membolehkan papan induk ini untuk menyokong penggunaan memori sehingga 192GB.

Ini termasuklah papan induk Intel Z790, B760, Z690, B660 dan H610. Cip-cip pemprosesan Intel Core generasi ke-13 dan ke-12 akan menyokong memori-memori baru ini tanpa masalah.

Lebih menarik lagi, MSI mengatakan bahawa pengguna tidak perlu mengemaskini BIOS untuk menggunakan memori-memori tersebut, dan hanya perlu memasangnya pada slot memori untuk menggunakannya.


Komen ()