Cari @ Amanz

Huawei Nova 11 Akan Mempunyai Ciri Seakan Dynamic Island

Link Copied!

Selepas diperlihatkan pada iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max, ciri Dynamic Island telah diberikan kepada peranti Android oleh pembangun pihak ketika. Kesemua ciri unik Dynamic Island berjaya ditiru tetapi sehingga kini tiada pengeluar Android yang menyokongnya secara rasmi. Menurut laporan Huawei Central, Huawei akan menjadi pengeluar pertama yang memberikan ciri yang sama secara rasmi.

Huawei Nova 11 dipercayai akan menjadi peranti pertama keluaran mereka dengan ciri Dynamic Island rekaan sendiri. Maklumat lanjut mengenai rekaan dan sama ada ciri tambahan akan disertakan belum diketahui lagi. HarmonyOS telah lama meminjam beberapa elemen antaramuka daripada iOS 16 maka jika Dynamic Island turut dibawa ke peranti Huawei ia tidaklah mengejutkan.


Komen ()