Carian
Sara Ialah Robot Pertama Yang Boleh Berbicara Dalam Bahasa Arab
February 13, 2023 Effi Saharudin

Bahasa Arab ialah bahasa yang keenam paling banyak penggunanya di dunia. Ini adalah lebih banyak berbanding Bahasa Jepun, Jerman, Korea dan Portugis. Untuk menjadi bahasa yang penting, penggunaannya dalam dunia teknologi perlu dipertingkatkan. Di acara LEAP 2023, Arab Saudi melancarkan robot pertama yang boleh berbicara dalam Bahasa Arab.

Robot yang diberi nama Sara berbentuk manusia dengan pelawat boleh berbicara dengannya seperti manusia. Pelawat perlu menegurnya dengan kata picu “Hey Sara” dan ia akan memulakan perbualan. Selain berbual Sara juga boleh melakukan tarian tradisional Arab Saudi.

Sara dibangunkan oleh Saudi Digital dan Qss Company sebagai langkah untuk memperkenalkan teknologi terkini di Arab Saudi yang ingin menjenamakan semula imej negara sebagai hab teknologi modem. Menerusi inisiatif baharu ini, imej Saudi sebagai negara padang pasir dan petroleum cuba ditukar sepenuhnya dengan pembangunan bangunan terpanjang, dan bangunan tertinggi dunia.

Komen