Cari @ Amanz

TWS mercu OnePlus iaitu OnePlus Buds Pro 2 turut memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Kali ini walaupun nampak serupa, seperti model tahun lepas tetapi dalamannya adalah lebih baik. TWS ini menggunakan pemacu audio dwi-dinamik MelodyBoost Dynaudio 11mm + 6mm, LHDC 4.0 Lossless Hi-Res Audio, Bluetooth 5.3 LE Audio, 3x mikrofon terbina dengan algoritma AI dan turut menyokong tambatan pantas Google Fast Pair.

Tiada sokongan pembatalan hingar aktif, tetapi ANC pada OnePlus Buds Pro 2 adalah Adaptive Noice Cancellation yang membatalkan hingar secara pintar. Ciri pengesanan kepada dan tulang belakang untuk pemantauan kesihatan boleh digunakan agar posisi pengguna sentiasa yang terbaik.

IP55 disediakan jika pengguna ingin menggunakan ketika bersenam dan turut menyokong kawalan sesentuh. Jika pengguna memiliki dua peranti ciri Dual Bluetooth Connectivity boleh digunakan untuk tambatan pantas. Bateri setiap fon telinga adalah 60mAh sementara kerangka pengecasan adalah 520mAh dengan ketahanan bateri mencapai 9 jam dan 39 jam.

Arbor Green atau Obsidian Black adalah warna yang OnePlus Malaysia jual dengan harga RM869. Pra-tempahan dibuka pada 16-24 Februari dan jika dibeli pada tarikh 25 Februari ke 3 Mac harga diskaun RM200 ditawarkan menjadikan harga TWS ini adalah RM669 jika OnePlus 11 5G dibeli sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd