MediaTek kini hadir dengan satu lagi cip pemprosesan baharu menerusi Helio G36. Ia merupakan cip 4G yang memfokuskan kepada telefon pintar permua kelas permulaan dan dijenamakan semula daripada MediaTek Helio G37 dengan clockspeed diturunkan sebanyak 100Mhz.

Melaluinya ia menggunakan teknologi 12nm (TSMC) yang mengandungi lapan teras Cortex-A53 pada kelajuan sehingga 2.2GHz bersama gabungan GPU IMG PowerVR GE8320 pada kelajuan 680Mhz. Sokongan skrin pula sehingga 90Hz pada resolusi FHD, sementara itu memori pula terhad pada LPDDR4 (sehingga 10GB) dan storan berasaskan eMMC 5.1.
Turut disokong, sistem kamera sehingga 50MP untuk satu modul atau persediaan dwi-kamera terhad pada 13MP + 13MP dengan rakaman video sehingga 1080P/30FPS. Sokongan pembantu suara turut sama pintar dipertingkatkan, selanjutnya ketersambungan pula merangkumi Wi-Fi 5, bluetooth 5 dan 4G Volte.