Umobile Mengalami Gangguan Perkhidmatan Data
Effi Saharudin
Perkhidmatan data Umobile kini sedang mengalami gangguan yang mengakibatkan pelanggan tidak boleh mengakses perkhidmatan internet menerusi peranti mereka. Melihat kepada ciapan yang dihantar pengguna menerus laman media sosial, gangguan tergendala sejak sejam yang lalu.

Pihak Umobile belum menghantar sebarang ciapan yang menerangkan mengapa gangguan berlaku dan bilakan perkhidmatan akan kembali normal. Pelanggan yang terjejas hanya akan menerima mesej DM untuk menyelesaikan isu ini. Tetapi ciapan yang dihantar nampaknya dihantar oleh bot yang mengesan kata kunci sahaja.
Gangguan dilaporkan berlaku di seluruh Malaysia dengan kami melihat ia berlaku di Lembah Kelang hinggalah ke Senai Johor.
Kemas kini – Gangguan rangkaian data telah diselesaikan beberapa jam selepas artikel ini diterbitkan tetapi sebab ia berlaku belum dikongsi secara rasmi oleh pihak Umobile.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.