Carian
Apple Mengeluarkan Kemaskini iOS, iPadOS Dan macOS Untuk Menampal Kerentanan Sekuriti
February 14, 2023 Amy Maizuraa

Apple pagi ini mengeluarkan kemas kini secara iOS 16.3.1, iPadOS 16.3.1 dan macOS Ventura 13.2.1 bagi menampal kerentanan sekuriti baharu. Menerusi kerentanan ini, pihak ketiga boleh menyuntik kod hasad menerusi WebKit.

Pemilik iPhone, iPad dan MacBook disarankan untuk mengemaskini peranti ke versi yang paling terkini untuk menampal isu ini dengan segera. Turut dikemaskini pagi in ialah Safari, tvOS 16.3.2 dan watchOS 9.3.1 juga atas sebab yang sama. Kemas kini boleh dilakukan secara OTA. Di Malaysia tampalan sekuriti untuk iOS 16.3.1 adalah sebesar 334.1 MB.

Komen