Cari @ Amanz

Pil Yang Bergetar Kini Boleh Dimakan Untuk Merawat Sembelit

Link Copied!

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Jika anda membuang air besar sekitar tiga kali seminggu sahaja, anda mungkin mempunyai masalah sembelit. Terdapat pelbagai cara untuk merawat sembelit seperti memakan julap dan menambah sayur serta serta dalam diet harian. Kini pil yang bergetar boleh dimakan untuk merawat sembelit.

Pil Vibrant akan bergetar ketika berjalan di dalam usus tubuh pemakan. Ia bergetar setiap 3 saat untuk dua jam pertama sebelum berhenti selama enam jam. Kemudian ia akan bergetar lagi setiap 3 saat selama dua jam.Gerakan ini membantu merangsang sel-sel saraf yang memicu gerak peristalsis yang membolehkan najis dikeluarkan dari tubuh.

Dalam ujian klinikal yang telah dilakukan, sekitar 40% pengambil Vibrant melaporkan kekerapan mereka membuang najis meningkat. Namun begitu sebilang kecil pemakan melaporkan dapat merasakan getaran pil semasa ia bergerak di dalam tubuh.

Sebelum dimakan, pil Vibrant perlu dimasukkan ke dalam pod khas dan diaktifkan menggunakan aplikasi. Semasa di dalam usus, ia tidak akan dihadamkan dan akan dikeluarkan semula bersama najis.


Komen ()