Sejak beberapa hari kebelakangan ini, nampaknya aplikasi Maybank dilihat menghadapi masalah apabila melakukan perkongsian resit pembayaran terus melalui WhatsApp.
Sebaliknya, apabila perkongsian dilakukan, ia sekadar memaparkan teks sahaja, sebagai contoh “Share M2U Receipt M2U_XXXX”, tanpa menyertakan dokumen resit dalam bentuk PDF atau gambar.

Pihak Maybank sendiri mengesahkan masalah ini, dan menyatakan gangguan ini berlaku pada perkongsian melalui peranti iOS.
Sebagai alternatif, pengguna diminta untuk menggunakan kaedah seperti menyimpan resit dan kongsikannya semula, ataupun merakamkan paparan skrin, dan kemudiannya berkongsi dalam bentuk gambar.