Shopee nampaknya terus memperluaskan penawaran perkhidmatan kewangan mereka, dan terbaru telah pun menawarkan sebuah perkhidmatan pinjaman kewangan, dinamakan sebagai SLoan.
Dibawah SLoan ini, ia memberikan akses kepada pinjaman kewangan yang disahkan dalam masa tempoh 24 jam.

Setiap pengguna akan diberikan had pinjaman berbeza berdasarkan kepada penggunaan, dan seperti pelbagai pinjaman kewangan, SLoan juga turut mempunyai caj-caj pemprosesan, penalti lewat bayaran sebanyak 8%, kadar faedah dan sebagainya.

Shopee dilihat memperkenalkan SLoan ini secara berperingkat kepada pengguna melalui aplikasi Shopee.
Seperti biasa, orang ramai dinasihatkan untuk menyemak pelbagai terma dan syarat, dan mengelak sebarang pinjaman sekiranya tidak diperlukan.