Penghasil kandungan di YouTube perlu bijak memilih muzik latar belakang yang ingin digunakan dalam video yang dimuat naik. Sekiranya muzik popular digunakan, ada kebarangkalian video tidak boleh menjana pendapatan kerana audio digunakan tanpa kebenaran pemilik harta intelek. Hari ini Creator Music telah dilancarkan secara rasmi bagi memudahkan pelesenan audio.

Pengguna YouTube boleh memilih untuk membeli lesen untuk menggunakan muzik yang dipilih di dalam video. Terdapat pilihan kedua untuk menggunakan muzik yang berlesen dengan keuntungan daripada video dikongsi dengan pemilik harta intelek.
Ciri Creator Music pada waktu ini hanya boleh digunakan oleh pengkarya di bawah YouTube Partner Program di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Muzik yang dilesenkan hanya boleh digunakan sekali dan di YouTube sahaja.