Ramai golongan Generasi Z melihat menjadi pencipta kandungan sebagai kerjaya yang ideal. Tiada majikan mengawal waktu bekerja dengan mereka boleh menetapkan sendiri hala tuju kerjaya. Tetapi dengan ratusan juta pencipta kandungan wang wujud sekarang, menjana pendapatan menjadi semakin sukar.
Menurut laporan The Information, TikTok kini bersedia memperkenalkan ciri membenarkan pencipta kandungan mengenakan bayaran untuk menonton video-video eksklusif.Bayaran bermula $1 boleh dikenakan oleh pencipta kandungan untuk video di platform TikTok.
Dengan ini pendapatan yang lebih konsisten boleh dijana tanpa perlu ia menjadi tular. TikTok turut akan melancarkan Creator Fund 2.0 bagi memberikan bayaran kepada pengguna dengan lebih 100,00 pengikut.
Ini adalah langkah TikTok untuk meningkatkan jumlah pengguna dan pada waktu yang sama mengekalkan pencipta kandungan pada platform mereka dalam masa terdekat.