Cari @ Amanz

Lenovo Bakal Melancarkan Komputer Riba Gaming Baharu Menerusi Siri GeekPro G5000

Link Copied!

Lenovo sedia hadir dengan komputer riba memfokuskan permainan tersendiri yang pelbagai. Ia nampaknya bakal dikemaskini dengan penawaran baharu menerusi siri GeekPro G5000 yang dijangka menjadi variasi lebih berpatutan dan mampu milik berbanding siri Legion.

Poster rasmi dikong menunjukkan generasi baharu ini diiklankan sebagai peranti yang berprestasi tinggi. Tapi sayangnya, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang didedahkan buat masa ini. Pun begitu, kita boleh menyasarkan ia kelak dilengkapi ciri dan fungsi premium.

Ini termasuklah, CPU dan GPU berkuasa di samping paparan skrin dengan kadar segar semula yang tinggi. Dalam pada itu, ia juga dijangka dipasarkan pada harga lebih kompetitif yang semestinya kelak menarik perhatian para gamers yang mahukan peranti berkuasa pada harga mampu milik.

Lenovo masih belum mengeluarkan sebarang maklumat lanjut mengenai peranti, termasuklah tarikh pelancaran rasmi. Dengan pendedahan ini, pengenalan untuknya dijangka boleh berlangsung dalam masa terdekat ini.


Komen ()