Sabah kini melihat kepada memperluaskan pelaburan dan pembangunan dalam arena teknologi aeroangkasa. Terbaru, Sabah sedang mengkaji kebolehlaksanaan dan kesesuaian untuk membina Sabah International Space Launch Industrial Centre.

Dengan langkah tersebut, sekiranya diluluskan dan dibina, kita boleh melihat beberapa pelancaran ke angkasa dilakukan di Sabah. Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal, dan kajian berkaitan dengannya akan dimulakan dalam masa terdekat.
Inisiatif ini dijangka melonjakkan Sabah dalam arena aeroangkasa, disamping pada masa yang sama memberikan kesan positif kepada peluang kerja bergaji tinggi di negeri tersebut.
Pembinaan pusat pelancaran angkasa juga akan menjadikan Sabah antara yang mempunyai fasiliti sedemikian di dunia, dan Malaysia sebagai negara ke-9 dengan fasiliti sedemikian.