Microsoft sedia berkongsi menyatakan akan mematikan sepenuhnya Internet Explorer melalui kemaskini untuk Microsoft Edge. Seperti dijanjikan, kemaskini tersebut kini telah pun diedarkan secara berperingkat kepada semua, dan menamatkan riwayat Internet Explorer sepenuhnya.
Melalui kemaskini untuk Microsoft Edge ini, ia akan memaparkan sebuah notis pada pengguna Internet Explorer, dan akan dibawa ke Microsoft Edge setiap kali membuka sebarang pautan ke Internet Explorer.
Microsoft menyatakan Microsoft Edge sedia mengintegrasikan sokongan legasi Internet Explorer, jadi pelbagai aplikasi khusus untuknya akan terus berjalan lancar tanpa masalah.
Microsoft seterusnya akan membuang pelbagai perkara visual melibatkan Internet Explorer seperti ikon aplikasi dan sebagainya melalui kemaskini Windows yang dijadualkan sekitar Jun 2023 ini.