Cari @ Amanz

ASUS Mengemaskini Siri Vivobook Classic Dengan Skrin OLED Dan CPU AMD Ryzen 7000

Link Copied!

ASUS merupakan pengeluar yang sedia terkenal dengan pelbagai jenis komputer riba tersendiri. Terbaharu mereka secara rasminya hadir dengan siri Vivobook Classic 2023 baharu yang dilengkapi CPU AMD Ryzen 7000. Terdapat tiga variasi model disediakan iaitu ASUS Vivobook 14 OLED (M1405), ASUS Vivobook 15 OLED (M1505) dan ASUS Vivobook 16 (M1605).

Bermula dengan ASUS Vivobook 14 OLED (M1405), komputer riba ini didatangakan dengan pilihan panel 14-inci OLED (2880 x 1800 piksel) yang melepasi piawaian warna Pantone serta kadar segar semula 120Hz. Terdapat juga pilihan panel IPS LCD WUXGA (1920 x 1200) yang lebih mampu milik.

Ini dipadankan dengan CPU sehingga AMD Ryzen 7 7730U, GPU AMD Radeon Graphics, memori 8GB DDR4 dan storan sehingga 1TB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD dan bateri 50Wh (bergantung jenis model). Seterusnya pilihan I/O pula terdiri dengan 1 x USB 2.0 Type-A, 1 x USB 3.2 Gen 1 Type-C, 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x HDMI 1.4, 1 x bicu audio dan 1 x DC-in.

Seperti namanya, ASUS Vivobook 15 OLED (M1505) pula dilengkapi skrin OLED 120Hz bersama pilihan resolusi sama ada 2.8K atau FHD. Ia juga dipadankan dengan cip sehingga AMD Ryzen 7 7730U, GPU AMD Radeon Graphics, memori 8 GB DDR4 dan storan sehingga 1TB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD dan kapasiti 50Wh. Pilihan I/O disediakan pula merangkumi 1 x USB 2.0 Type-A, 1 x USB 3.2 Gen 1 Type-C, 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x HDMI 1.4, 1 x bicu audio dan 1 x DC-in.

Selanjutnya ASUS Vivobook 16 (M1605) mempunyai panel 16-inci dari keluarga OLED tanpa kadar segar semula yang tinggi. Cip pemproses sehingga AMD Ryzen 7 7730U digunakan bersama GPU AMD Radeon Graphics. Turut disertakan adalah memori 8GB DDR4, storan terbina sehingga 1TB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD dan kapasiti bateri 42Wh.

Maklumat lanjut mengenai harga jualan untuk kesemua komputer riba ini masih belum diketahui setakat ini.


Komen ()