Carian
Speaker Dynaudio Focus 10, Focus 30 Dan Focus 50 Dilancarkan Pada Harga Mencecah RM52,000
February 15, 2023 Effi Saharudin

Nama Dynaudio mungkin dikenali di kalangan peminat TWS kerana kerjasama mereka dengan OnePlus Bud Pro 2 yang baru yang dilancarkan. Tetapi bagi mereka yang benar-benar inginkan audio tahap mercu, Dynaudio telah melancarkan tiga speaker terkini mereka iaitu Focus 10, Focus 30 dan Focus 50.

Ketiga-tiganya bukan sekadar speaker prestasi tinggi untuk kegunaan di rumah tetapi hadir dengan sokongan penstriman menggunakan Bluetooth dengan audio sehingga 24-bit/96kHz atau berwayar sehingga 24-bbit/192kHz. Terdapat juga sokonga AirPlay2, Chromecast, Tidal Connect, Spotify Connect, Roon, Qplay dan UPnP bagi yang ingin memudahkan proses menstrim audio ke ketiga-tiga speaker premium ini.

Kita mulakan dengan Focus 10 yang merupakan model paling kecil dilengkapi woofer 14cm dan tweeter 28 cm. Sementara itu Focus 30 pula dilengkapi dua woofer 14cm dan sebuah tweeter 28cm. Akhir sekali ialah Focus 50 yang dilengkapi dua woofer 18cm, satu midrange 15cm dan satu tweeter 28cm.

Harga jualan untuk Dynaudio Focus 10 ialah S$7,999 (~RM26,299) dalam warna Walnut Wood dan White High Gloss. Sementara itu harga jualan Dynaudio Focus 30 ialah S$11,999 (~RM39,450) dalam warna White High Gloss. Akhir sekali ialah Dynaudio Focus 50 ialah S$15,999 (~RM52,610) dalam warna Walnut Wiid dan White High Gloss.

Komen