Lotus’s, jenama pasaraya yang dahulunya dikenali dengan Tesco di Malaysia kini memasuki arena esukan dengan penganjuran kejohanan esukan tersendiri, dinamakan Lotus’s eLegasi.
Untuk peringkat permulaan, Lotus’s akan menawarkan kejohanan PUBG Mobile di tiga cawangan Lotus’s, iaitu di Selayang, Tajung Pinang dan juga Desa Tebrau.

Dengan kehadiran pelbagai pasaraya di Malaysia, setiap bangunan cuba mencari keunikkan tersendiri dalam menarik lebih ramai pengunjung ke bangunan masing-masing. Ia agak menarik untuk melihat Lotus’s memfokuskan kepada arena esukan, sekaligus menarik lebih ramai anak muda ke bangunan pasaraya mereka. Secara tidak langsung, ia juga dijangka akan menguntungkan pelbagai premis perniagaan di bangunan pasaraya Lotus’s.
Bagi anda yang berumur 16 tahun dan ke atas, boleh menyemak laman rasmi Lotus’s eLegasi, dan mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan esukan yang menawarkan hadiah berjumlah RM12,750.