Cari @ Amanz

Apabila Samsung Galaxy S23 Ultra dilancarkan pada awal Februari lalu, ia hadir dengan pelbagai kemaskini dan pembaharuan. Malah ia turut membawakan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, yang dicipta khas untuk telefon pintar ini. Dengan cip pemprosesan khusus juga, terdapat pembaharuan pada kamera utama yang terdiri dari 4 lensa.

Sistem empat lensa pada kamera utama ini terdiri dari kamera 200MP f/1.7 sudut lebar dengan 2X penstabil imej optikal yang lebih stabil, kamera 12MP f/2.2 ultra-sudut lebar, kamera 10MP f/2.4 zum Telefoto 3X dengan penstabil imej optikal, dan juga kamera 10MP f/4.9 zum Telefoto 10X. Kesemua kamera utama ini bakal memberikan kualiti pengimejan yang tidak terkalah, malah mungkin jarang ditawarkan oleh peranti lain yang telah dipasarkan sehingga kini.

Berikut merupakan beberapa gambar pilihan yang telah dirakam menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra

Kualiti Pencahayaan Tajam Menghasilkan Gambar Makro Dan Selfie Yang Cantik

Dengan fungsi kamera Samsung Galaxy S23 Ultra yang telah dinaiktaraf, pelbagai pembaharuan, kejituan, ketepatan serta warna juga tampak lebih jelas. Malah jika dilihat dari kualiti gambar makro dan selfie, jelas sekali hasilnya tidak menghasilkan sebarang kecacatan pada latarbelakang yang kabur dan terkeluar fokus, menghasilkan gambar yang berkualiti setaraf kamera.

ian, dan baik gambar pada siang dan malam juga dapat dirakam menggunakan fungsi zum jauh ini.

Kualiti Gambar Malam ‘Nightography’ Yang Mengagumkan

Meneruskan fokus untuk rakaman malam, Samsung terus unggul dalam menawarkan rakaman malam yang mengagumkan, dengan kamera yang turut dilengkapi penstabil imej optikal. Ini menawarkan kestabilan yang lebih tepat, menghasilkan rakaman tanpa gegar.

Malah dengan lensa kamera 200MP, ia turut mampu merakam kesemua butiran-butiran yang terdapat pada pemandangan. Seperti gambar-gambar diatas, pantulan bangunan pada sungai jelas kelihatan, dan tampak masih tajam dan mengekalkan warna sebenar.

Teroka Potensi Merakam Langit Malam ‘Astrophotography’

Fungsi rakaman langit malam yang dipanggil ‘Astrophotography’ mula diperkenalkan seawal Samsung Galaxy S22 namun tahun ini, Samsung turut lebih meletakkan fokus untuk fungsi ini, bagi memberikan pendedahan kepada pengguna mereka akan ciri menarik ini.

Ciri ini yang boleh diakses menggunakan mod Expert RAW ini membolehkan pengguna merakam langit malam, malah terdapat tetapan khas membolehkan pengguna mengenalpasti buruj yang ingin dirakam. Tetapan khas ini juga membolehkan pengguna menetapkan terus masa rakaman, dan jauh lebih memudahkan jika pengguna tidak mempunyai pengetahuan dalam merakam ‘Astrophotography’.

Dan pengguna juga boleh merakam secara Hyperlapse, dengan pilihan ‘Star Trail On’. Ia akan merakam gambar bintang, dan turut merakam gerakan bintang tersebut, menjadikan gambar yang unik dan mungkin tidak pernah dicuba sebelum ini.


Jelas sekali jika anda mencari telefon pintar dengan fokus untuk fotografi, Samsung Galaxy S23 menawarkan ciri-ciri unik, menarik, dan boleh membawa pengalaman fotografi anda menjadi lebih baik.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S23 ditawarkan pada harga bermula RM3899, dan mencapai RM6199 untuk model Galaxy S23 Ultra.

  • Galaxy S23 (128GB) – RM3899
  • Galaxy S23 (256GB) – RM4199
  • Galaxy S23+ (256GB) – RM4699
  • Galaxy S23+ (512GB) – RM5199
  • Galaxy S23 Ultra (256GB) – RM5699
  • Galaxy S23 Ultra (512GB) – RM6199

Bersempena pelancaran, Samsung turut menawarkan jam tangan Galaxy Watch5 (40mm) bernilai RM1099 secara percuma untuk pembelian antara 24 Februari hingga 31 Mac 2023 kelak.

Disamping itu, promosi pra-tempahan Galaxy S23 juga akan berlangsung sehingga 23 Februari 2023, menawarkan diskaun harga untuk pembelian sehingga RM500 ketika melakukan pra-tempahan di laman rasmi Samsung.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd