Carian
Samsung Lancar Siri Galaxy S23 Di Malaysia – Pra-tempahan Boleh Diambil Bermula 17 Februari
February 15, 2023 Aman

Smasung Malaysia kini mengumumkan pelancaran rasmi siri Galaxy S23 untuk pasaran Malaysia. Selari dengannya, Samsung turut menyatakan pengguna yang melakukan pra-tempahan boleh mengambil peranti mereka bermula 17 Februari 2023 ini.

Samsung Galaxy S23 merupakan siri telefon mercu Samsung untuk tahun 2023 ini. Ia hadir dengan penawaran cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dioptimasikan dan dibangunkan khusus untuk Samsung, menawarkan ruangan storan tinggi, pilihan kamera sehingga 200MP, dan juga sokongan S-Pen untuk versi Ultra.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S23 ditawarkan pada harga bermula RM3899, dan mencapai RM6199 untuk model Galaxy S23 Ultra.

  • Galaxy S23 (128GB) – RM3899
  • Galaxy S23 (256GB) – RM4199
  • Galaxy S23+ (256GB) – RM4699
  • Galaxy S23+ (512GB) – RM5199
  • Galaxy S23 Ultra (256GB) – RM5699
  • Galaxy S23 Ultra (512GB) – RM6199

Bersempena pelancaran, Samsung turut menawarkan jam tangan Galaxy Watch5 (40mm) bernilai RM1099 secara percuma untuk pembelian antara 24 Februari hingga 31 Mac 2023 kelak.

Disamping itu, promosi pra-tempahan Galaxy S23 juga akan berlangsung sehingga 23 Februari 2023, menawarkan diskaun harga untuk pembelian sehingga RM500. Anda juga turut boleh mendapatkan diskaun tambahan RM200 untuk pembelian dengan menggunakan kod “AMGS23R” ketika melakukan pra-tempahan di laman rasmi Samsung.

Komen