Carian
Apple Menangguh Pengenalan Set Kepala Kerana Pelbagai Isu
February 16, 2023 Effi Saharudin

Apple dijangka memperlihatkan set kepala realiti terimbuh (AR) mereka pada bulan April hadapan. Ini dijangka akan memulakan era set kepala pintar pula daripada mereka dan mengakibatkan set kepala dilancarkan pula oleh pesaing. Tetapi menurut laporan Bloomberg, pengenalan set kapal AR ini telah ditangguhkan pula ke bulan Jun hadapan ketika acara WWDC.

Ini adalah kerana terdapat pelbagai isu pada perkakasan dan perisian pada set yang sedang diuji sekarang. Untuk membangunkan set kepala “Apple Glass” ini, Apple perlu membangunkan sistem operasi baharu serta menghasilkan set kepala yang tidak pernah dikeluarkan oleh mereka. Mereka perlu memastikan produk benar-benar bersedia sebelum diperlihatkan bagi mengelakkan insiden Air Power yang kemudiannya terpaksa dibatalkan berlaku sekali lagi.

Ia dipercayai bakal hadir dengan pelbagai kamera dan sensor bagi membolehkan penjejakan kawasan sekeliling dan mengesan pergerakan 6DoF. Terdapat laporan ia akan dilengkapi cip seiri Apple M dan dengan pek bateri dipakai pada tubuh bagi mengurangkan berat pada bahagian kepala.

Komen