Carian
Corsair Melancarkan Fon Kepala Gaming Baharu Menerusi HS55 & HS65 Wireless Headphones
February 16, 2023 Amy Maizuraa

Tidak dinafikan fon kepala merupakan salah satu aksesori penting buat para gamers untuk pengalaman permainan yang lancar. Ini bagi membolehkan mereka mendengar pelbagai jenis bunyi, misalnya seperti pergerakan musuh dengan lebih jelas dan teliti.

Berkongsi lanjut, Corsair juga telah mengeluaskan dua set fon kepala nirwayar memfokuskan gaming serta pencipta kandungan menerusi HS55 dan HS65 Wireless Headphones. Kedua-duanya menawarkan audio berkualiti tinggi dan berteknologi canggih. Binaan juga cukup baik yang meliputi reka bentuk ringan serta mudah dikendali, bagi menjadikannya selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang.

Bermula dengan HS65 Wireless Headphones, ia mempunyai berat sekitar 275g dengan gabungan tubuh jenis aluminium dan pad telinga daripada kulit. Ini dipadankan pula mikrofon terbina yang mampu menangkap audio dengan jelas bagi memastikan komunikasi yang jelas boleh dinikmati.

Dengan teknologi SonarWorks SoundID pula sekaligus membolehkan kesan audio disesuaikan mengikut keutamaan pengguna. Ia boleh diakses dengan mudah menerusi perisian COSAIR iCUE, seterusnya pengguna boleh mencipta profil EQ audio yang diperibadikan untuk pengalaman audio tersendiri.

Pengalaman mendengar menjadi lebih baik dengan gabungan Dolby Audio 7.1 yang turut disertakan. Di samping, turut boleh disambungkan ke peranti melalui sokongan wayarles 2.4GHz (menggunakan penyesuai yang disertakan) atau Bluetooth. Tidak ketinggalan, ia juga diklankan dengan jangka hayat bateri mencapai 24 jam lamanya.

Seterusnya HS55 Wireless Headphones pula mempunyai berat sekitar 266 gram. Rekaannya juga dilihat serupa dengan HS65 Wireless Headphones, di samping turut berkongsi sebahagian besar spesifikasi yang sama. Ini termasuklah pilihan sambungan wayarles latensi rendah dan hayat bateri yang panjang. Dengan Dolby Audio 7.1 pula, ia membolehkan pengguna menggunakannya dengan selesa pada audio yang baik sepanjang masa.

Komen