Snap chat sehingga hari ini masih terkenal dengan ciri penuras mereka iaitu Snap AR, di mana pengguna boleh menggunakan kamera peranti dan menambah pelbagai elemen 3D seperti alat solek, topeng, animasi dan pelbagai lagi pada wajah atau persekitaran untuk memeriahkan lagi imej atau video yang ingin dikongsi.
Terkini, Snap telah menambah kemampuam Ray Tracing pada ciri Snap AR mereka untuk elemen realiti terimbuh yang lebih realistik.

Untuk ciri Snap AR dengan Ray Tracing pertama, Snap bekerjasama dengan Tiffany & Co. untuk menyertakan gelang tangan AR. Di negara terpilih, selepas mencuba gelang tangan ini secara maya pengguna boleh terus beli dari dalam aplikasi.

Menggunakan telefon pintar, kamera akan mengimbas permukaan rata untuk memaparkan kotak bungkusan Tiffany & Co.. Kemudian hanya letak tangan di kotak maya akan ada gelang Tiffany AR dipaparkan pada pergelangan tangan. Boleh tambah sehingga empat dan menukar susunan untuk mengikut gaya citarasa masing-masing.