FoodPanda dan Touch n Go eWallet kini mengumumkan kerjasama secara rasminya, sekaligus membolehkan para pengguna FoodPanda melakukan pembayaran menggunakan baki TNG eWallet.

Untuk makluman, integrasi ini telah dilakukan sejak beberapa minggu, tetapi diumumkan pihak TNG secara rasminya hari ini.
Bersempena dengan kerjasama ini juga, pengguna akan diberikan diskaun RM12 apabila menggunakan kaedah pembayaran TNG eWallet pada FoodPanda, untuk pembelian melebihi RM25. Promosi ini disediakan sehingga 28 Februari 2022 kelak, dan pengguna perlu menggunakan kod promo “TNG” di FoodPanda.