Carian
Windows 11 Kelak Akan Memudahkan Pengguna “End Task”
February 16, 2023 Aman

Microsoft agak aktif dalam membangunkan ciri-ciri baharu untuk sistem operasi Windows 11. Terbaru, melalui versi pembangunan, ia dilihat sebuah ciri baharu disembunyikan pada sistem operasi tersebut, yang memudahkan pengguna untuk menamatkan sesuatu aplikasi yang sedang berjalan dengan pantas.

Kebiasaannya, pengguna akan perlu membuka “Task Manager” dalam menamatkan sesuatu aplikasi atau perisian yang sedang berjalan. Namun, melalui versi pembangunan Windows 11 terbaru, ia dilihat sebuah ciri dinamakan “End Task” diintegrasikan terus pada klik kanan di atas sesuatu aplikasi yang sedang berjalan.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menamatkan sesuatu aplikasi atau perisian yang berjalan dengan lancar, tanpa membuka Task Manager.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan memperkenalkan ciri ini secara rasminya kepada semua pengguna Windows 11.

Komen